Hebahan Panggilan Temu Duga Graduan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPP Gred DG9 Bagi Pengambilan Tahun 2025 (Siri Satu dan Siri Dua)


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2025 di Semenanjung secara berperingkat bermula 21 April 2025 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 7 Februari 2025.

Urusan temu duga Siri Satu (I) dan Siri Dua (II) di Semenanjung akan dilaksanakan di Putrajaya. Manakala, temu duga opsyen-opsyen dan pilihan pusat temu duga lain, jadual temu duga akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Satu (I) dan Siri Dua (II) di SINI

Siri I
Tarikh: 21 – 24 April 2025

Lokasi Pilihan Calon (MySPP): Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan

Pusat Temu Duga: SPP, Putrajaya

Opsyen:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan / Sains Sukan
Pendidikan Seni Visual
Prasekolah (Penempatan di Sekolah dan PERMATA)
Bimbingan dan Kaunseling
Pendidikan Moral
Pendidikan Khas

SJKC - Bimbingan dan Kaunseling
SJKC - Pendidikan Khas
SJKC - Pendidikan Moral
SJKC - Prasekolah

SJKT - Bimbingan dan Kaunseling
SJKT - Pendidikan Khas
SJKT - Pendidikan Moral
SJKT - Pendidikan Seni Visual
SJKT - Prasekolah


Siri II
Tarikh: 29 – 30 April 2025

Pusat Temu Duga: Semua Pusat Temu Duga Semenanjung

Opsyen:

Pengajian Am
Muzik
Bahasa Tamil
Bahasa Cina

SJKC - Muzik

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERINGATAN
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga. Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.