MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PERMOHONAN BARU PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga tidak berkemampuan yang tidak mempunyai mempunyai rumah dan tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
CARA MEMOHON
Syarat dan Cara Mermohon : https://rmr.spnbonline.com.my/RisalahRMR.pdf
Pendaftaran secara Online dengan Melayari: https://rmr.spnbonline.com.my/
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari