Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Inspektor Polis YA13 Tahun 2020

Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Inspektor Polis YA13 Tahun 2020

Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Jawatan Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita) Tahun 2020. Calon sudah boleh membuat semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal untuk jawatan Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita).

Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat  19 hingga 26;

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm(lelaki sahaja);

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

KELAYAKAN GAJI
Gaji Minima : RM 2,502.00 
Gaji Maksima : RM 9,803.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00