Cara Memohon Sebagai Anggota BOMBA - Pegawai Bomba / Penolong Penguasa Bomba / Penguasa Bomba | Terbuka Sepanjang Tahun

Cara-Memohon-Sebagai-Anggota-BOMBA

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan terbuka di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagaimana berikut:

1. Pegawai Bomba KB19 - Lelaki & Wanita
2. Penolong Penguasa Bomba KB29 - Lelaki & Wanita
3. Penguasa Bomba KB41 - Lelaki & Wanita

PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Sila lihat pautan : 
Syarat Kelayakan & Gaji Pegawai Bomba KB19
Syarat Kelayakan & Gaji Penolong Penguasa Bomba KB29
Syarat Kelayakan & Gaji Penguasa Bomba KB41

Panduan : Cara Memohon Di Laman SPA

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. 

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA