JAWATAN KOSONG TERKINI DI UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR UPENJ - GAJI RM1,493.00 - RM5,672.00

UPENJ

Jawatan Kosong di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor UPENJ 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor UPENJ sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dengan menggunakan borang permohonan jawatan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor melalui pautan dibawah. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen berikut :

i. Sijil Kelahiran;
ii. Kad pengenalan;
iii. Sijil berhenti sekolah;
iv. Salinan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Diploma /STPM/ Ijazah dan sebagainya;
v. Resume
vi. Lain-lain dokumen sokongan

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR
ARAS 3, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD,
79503, KOTA ISKANDAR,
ISKANDAR PUTERI, JOHOR.

(u/p : PENGURUS BESAR, UNIT SWADAYA INSAN NEGERI JOHOR)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap TIDAK BERJAYA.

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 25 MEI 2017