TEMUDUGA TERBUKA DI PTPTN - GAJI RM1,500.00++ + ELAUN + KOMISEN

PTPTN

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN sebagaimana berikut:

1. Eksekutif Pemasaran - Kontrak

Tarikh / Hari : 13 April 2017 / Khamis
Masa : Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi ­ 11.00 tengahari)
Sesi petang : 2.30 petang hingga 4.30 petang
(pendaftaran dibuka : 2.30 petang ­ 3.30 petang)

Tempat : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Dewan Besar
PTPTN, Tingkat 1
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjayaHanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.