JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG MPKJ - GAJI RM1,218.00 - RM2,939.00


Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang MPKJ 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang MPKJ sebagaimana berikut:

1. Pengawal Keselamatan KP11 - 10 Kekosongan
2. Pemandu Kenderaan H11 - 23 Kekosongan

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web MPKJ dipautan dibawah. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Sijil Kelahiran.
3. Sijil – sijil Persekolahan.
4. Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
5. Salinan Lesen Memandu ( Bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 sahaja )

*Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 03 JAN 2017