JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH KETEREH - 14 OGOS 2016


MAJLIS DAERAH KETEREH 2016

Majlis Daerah Ketereh Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Ketereh sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir P/O N19 - TETAP

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan bayaran RM3.00

i) di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh.

ii) Muat - turun melalui laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam di pautan dibawah. ( hanya borang yang dilampirkan beserta resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses ). 

Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam No. 03120010000711. ( Sila kembarkan butir – butir pembayaran )

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta dengan resit semasa mengembalikan borang permohonan. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen
lain sebagai sokongan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
KM 19, JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN 

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.

Lokasi : KELANTAN
Tarikh tutup : 14 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN