Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Seremban sebagaimana berikut:
1. Pegawai Tadbir N41 - 01 Kekosongan KONTRAK
2. Pen. Pegawai Perancang Bandar & Desa JA29 - 02 Kekosongan TETAP
3. Pembantu Operasi N11 - 04 Kekosongan KONTRAK
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang didapati dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.10 (1 borang) di Majlis Perbandaran Seremban dengan mengambil sendiri dan 1 borang adalah untuk 1 jawatan sahaja.
Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut :
i) Salinan kad pengenalan ('telah dipalang 'untuk kegunaan MPS sahaja')
ii) Salinan surat beranak
iii) Salinan sijil-sijil kelayakan
iv) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan
v) Gambar berukuran pasport
Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Jalan Yam Tuan,
70990 Seremban.
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Lokasi : N. SEMBILAN
Tarikh tutup : 29 JULAI 2016
IKLAN KEKOSONGAN DAN PERMOHONAN