Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan MDY Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Yan MDY sebagaimana berikut:
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 - TETAP
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 - TETAP/KONTRAK
3. Penghantar Notis N11 - TETAP
4. Pemandu Kenderaan H11 - TETAP/KONTRAK
5. Pembantu Awam H11 - TETAP/KONTRAK
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang MDY 2016 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00 atau mendapatkan borang secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sm dan bersetem beserta kiriman wang pos RM3.00.
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen - dokumen seperti berikut (DISAHKAN):-
(a) Kad Pengenalan diri
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil persekolahan
(d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan
yang dipohon.
(e) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
(f) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).
Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan
06900 Yan
Kedah Darul Aman
Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
Lokasi : KEDAH
Tarikh tutup : 11 OGOS 2016
IKLAN KEKOSONGAN MDYAN DAN CARA MEMOHON