Jabatan Perdana Menteri ICU JPM Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri ICU JPM sebagaimana berikut:
1. Pekerja Sambilan Harian Gred 17 - Upah RM 54.00 Sehari
PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat emel atau serahan tangan dengan mengemukakan Borang Permohonan, resume dan dokumen sokongan yang lengkap ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan-salinan Sijil Persekolahan yang telah disahkan.
Permohonan di atas hendaklah disampaikan kepada:
Pengarah,
Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 11 & 15, Menara Boustead
No. 39, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 Pulau Pinang
Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Pemohon - pemohon yang tidak menerima maklum balas selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Lokasi : P. PINANG
Tarikh tutup : 31 JULAI 2016
IKLAN KEKOSONGAN DAN CARA MEMOHON