Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN sebagaimana berikut:
1. Guru Tabika Perpaduan S29 - 02 Kekosongan
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau dengan melayari pautan dibawah.
Borang Permohonan lengkap beserta gambar terkini (berukuran passport), salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kelulusan akademik, sijil berhenti sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan (hendaklah DIPERAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan 'A' atau Gred 41 ke atas, sebanyak 2 set salinan borang permohonan perlu di hantar ke alamat di bawah :
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor
Tingkat 9, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran Seksyen 14
40517 Shah Alam
Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklna ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 19 OGOS 2016
IKLAN KEKOSONGAN